Monday, 23 June 2014

DISEDIAKAN OLEH :-


SITI SARAH BT NOR AZMI


NOR SYAHIRAH BT MOHD NOOR





SEJARAH AWAL BUGIS
BUGIS dikatakan berasal dari seseorang  yang bernama ‘Ugi’,
manakala dari sumber lain menyatakan bahawa bugis diambil dari
kata ‘Buki’ atau ‘Bukit’ kerana kehidupan masyarakat Raja yang
tinggal di pergunungan seperti “Toraja” yang sangat sinonim
dengan bukit.

Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia dan kini
dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua
kawasan di Sulawesi Selatan.

Penaklukkan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian
daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku
lain di Sumatra,Kalimantan,Jawa,Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.


Penghijrahan orang bugis ke  semenanjung Malaysia iaitu  dari
Johor, Selangor dan Pahang .


PETA ASIA TENGGARA


PETA SULAWESI



LATAR BELAKANG BUGIS
Bugis ialah komuniti yang tinggal di Sulawesi Selatan. Hampir
kesemua kawasan di Sulawesi Selatan didiami oleh kaum Bugis.

Kaum Bugis mempunyai kerajaan mereka yang tersendiri. Antara
kerajaan awal Bugis ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan
Tompokktikka.

Kerajaan-kerajaan ini telah wujud sejak sebelum abad ke-15. Pada
akhir abad ke-15, muncul beberapa kerajaan baru yang cuba
merampas kedudukan kerajaan lama.


Kerajaan yang baru muncul iaitu Gowa (Makassar) berjaya
menguasai dan memegang tampuk pemerintahan di kawasan
Sulawesi Selatan bersama-sama kerajaan sekutu mereka iaitu
kerajaan Bone. 

~Bagi masyarakat Bugis, merantau atau Pasompe dalam bahasa
Bugis telah menjadi suatu adat atau kebiasaan.

~Telah berabad lamanya masyarakat Bugis merantau atau berhijrah
untuk mencari penempatan dan juga kehidupan baru.

~Antara kawasan yang menjadi tempat penghijrahan mereka ialah
Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Sumatera.

~Penghijrahan besar-besaran kaum ini juga berlaku setelah kerajaan
Bugis iaitu Makassar dikalahkan oleh Belanda dan Belanda
menguasai Sulawesi Selatan.

~Sistem pemerintahan Belanda seperti cukai tanah dan tanaman
yang tinggi juga menjadi faktor penghijrahan orang Bugis ke tempat
lain seperti Tanah Melayu.

~Kedatangan orang Bugis secara besar-besaran dikaitkan dengan
Bugis Makassar.

~Golongan Bugis ini telah berhijrah secara beramai-ramai dari
Sulawesi Selatan ke Tanah Melayu.

~Penghijrahan kaum Bugis ini ialah kerana kejatuhan kerajaan yang
berkuasa di Sulawesi Selatan iaitu kerajaan Bugis Makassar di
tangan Bugis dari kerajaan Bone dan juga Belanda.

~Kebanyakan orang-orang besar Bugis Makassar ini memilih Klang
dan Kuala Selangor sebagai destinasi bagi didirikan penempatan.

~Orang Bugis telah lama mula berhijrah ke Tanah Melayu seperti di
Johor dan juga di Tanah Borneo tetapi penghijrahan dan
pendudukan mereka di Klang, Selangor lebih diketahui umum
kerana ianya menjadi permulaan berdirinya era Kesultanan di
Selangor.

~Selain itu, ianya juga menjadi titik mula campur tangan Bugis di
Tanah Melayu.

PAKAIAN TRADISONAL BUGIS

~Bugis terkenal dengan kain sarung sebagai busana kaum
wanita yang dipakai dengan baju kebaya labuh.

~Manakala kaum lelaki pula bergaya dengan baju Sikap sut
padanan lima dilengkapi tengkolok, baju, seluar, bengkung
dan kain samping tenunan Bugis bergaris atau bertelepuk
perada emas warisan keluarga bangsawan Bugis.

JENIS DAN CORAK KAIN TENUN BUGIS

~Kain tradisional Bugis yang berupa sarung ini memiliki
corak garis-garis yang cantik  yang dihasilkan oleh
masyarakat bugis sendiri

~Menurut legenda, masyarakat Bugis percaya bahawa
gaya menenun nenek moyang masyarakat Bugis
diilhamkan dari sehelai sarung yang ditinggalkan oleh
para dewa di pinggir danau Tempe dan di desa-desa
yang terletak di pinggiran danau Tempe itulah kain
tenun Bugis yang sangat berkualiti.

~Corak kain sarung Bugis ada beberapa jenis  di
antaranya adalah :
      -Kotak-kotak kecil yang disebut balo renni.

      -Corak kotak-kotak besar seperti kain tartan
Skotlandia, diberi nama balo lobang.

-Corak zig-zag yang diberi nama corak bombang,
corak ini menggambarkan  gelombang lautan.

-Pola zig-zag ini dapat diterapkan di seluruh
permukaan sarung atau di bahagian kepala sarung,
kepala sarung  terletak di area tengah sarung,
selalunya corak bombang ini digabungkan dengan
corak kotak-kotak. 
BAJU BODO (PEREMPUAN)




BAJU BODO (LELAKI)




BAJU BODO BUGIS
~Baju Bodo, busana dengan potongan simetris sederhana, dengan
kesan menggelembung dan longgar, berasal dari etnik Sulawesi
Selatan ini salah satu busana tertua di dunia.

~Baju Bodo sudah dikenal masyarakat Sulawesi Selatan pada
pertengahan abad ke 16, hal ini diperkuat dari sejarah kain Muslin,
kain yang digunakan sebagai bahan dasar baju bodo itu sendiri. 

~Hasil penghasilan baju Bodo ini biasanya  meggunakan warna
warna alam  dan direndam dengan limau nipis bagi mengekallkan
warna asalnya supaya tidak luntur.

~Menurut adat Bugis, setiap warna baju bodo yang dipakai oleh
wanita melambangkan usia ataupun darjat pemakainya :-

~Jingga-Dipakai oleh kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun.

~Jingga dan merah-Digunakan oleh gadis berumur 10-14 tahun.

~Merah-Bagi wanita berumur 17-25 tahun.

~Putih-Digunakan oleh para inang dan dukun.

~Hijau-Khas untuk wanita berketurunan bangsawan.

~Ungu-Dipakai oleh para janda/ibu tunggal.

~Selain itu, ketika adat perkahwinan, pengantin mengenakan
pakaian tradisi iaitu baju Bodo, pakaian yang berasal dari daerah
Bugis.

~Baju Bodo berwarna hijau dipakai oleh gadis di dalam lingkungan
istana dan dipakai dengan kain sarung sutera atau songket.

~Baju Bodo ini dibuat dari kain organza dan dipadankan dengan
kain tenun corak tapak catur benang emas.

~Selain itu, pakaian yang digunakan di dalam tarian Poja juga
dinamakan baju Bodo atau baju Tokko yang bermaksud baju tiada
lengan.

~Bajunya dihasilkan dari kain organza dan mempunyai anak baju di
dalamnya.

~Baju ini mempunyai lengan pendek dan kaki baju labuh sehingga
ke paras paha.

~Terdapat juga baju Bodo yang dihiasi dengan manik, dan renda
mengikut kreativiti kumpulan.

~Pada lengan baju diikat kain yang dipanggil pengikat lengan.
Pengikat lengan ini bertujuan untuk mengukuhkan lengan baju
seupaya lebih kemas dan terserlah kekemasan baju tersebut.
Pengikat lengan ini juga dihiasi dengan manik,dan renda.

~Selain itu, terdapat juga pakaian Bugis yang mengikut daerah
tertentu di mana pakaian yang digunakan masih digelar baju Bodo.

~Baju ini diperbuat dari kain satin dan dihiasi kain sulaman
berwarna perak.

~Baju ini mempunyai lengan pendek dan labuh sehingga ke paras
paha. Jemeki dijahit secara berselang-seli di keseluruhan baju untuk
menampakkan lagi kemewahan baju tersebut.

~Kain yang digunakan sebagai kain sarong diperbuat dari kain satin
berwarna perak dan dijahit bersama kain corak Bugis membentuk
kipas di bahagian belakang kain.