LATAR BELAKANG BUGIS
•Bugis ialah komuniti yang tinggal di
Sulawesi Selatan. Hampir
kesemua kawasan di Sulawesi
Selatan didiami oleh kaum Bugis.
•Kaum Bugis mempunyai kerajaan mereka yang tersendiri. Antara
kerajaan awal Bugis ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan
Tompokktikka.
•Kerajaan-kerajaan ini telah wujud sejak sebelum abad ke-15. Pada
akhir abad ke-15, muncul beberapa kerajaan baru yang cuba
merampas kedudukan kerajaan lama.
•Kerajaan yang baru muncul iaitu Gowa
(Makassar) berjaya
menguasai dan memegang tampuk pemerintahan di kawasan
Sulawesi
Selatan bersama-sama kerajaan sekutu mereka iaitu
kerajaan
Bone.
~Bagi masyarakat Bugis, merantau atau Pasompe dalam bahasa
Bugis telah menjadi suatu adat atau kebiasaan.
~Telah berabad lamanya masyarakat Bugis merantau atau berhijrah
untuk mencari penempatan dan juga kehidupan baru.
~Antara kawasan yang menjadi tempat penghijrahan mereka ialah
Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan
Sumatera.
~Penghijrahan besar-besaran kaum ini juga berlaku setelah kerajaan
Bugis iaitu Makassar
dikalahkan oleh Belanda dan Belanda
menguasai Sulawesi
Selatan.
~Sistem pemerintahan Belanda seperti cukai tanah dan tanaman
yang tinggi juga menjadi faktor penghijrahan orang Bugis ke tempat
lain seperti Tanah Melayu.
~Kedatangan orang Bugis secara besar-besaran dikaitkan dengan
Bugis
Makassar.
~Golongan Bugis ini telah berhijrah secara beramai-ramai dari
Sulawesi
Selatan ke Tanah Melayu.
~Penghijrahan kaum Bugis ini ialah kerana kejatuhan kerajaan yang
berkuasa di Sulawesi
Selatan iaitu kerajaan Bugis Makassar
di
tangan Bugis dari kerajaan Bone dan juga Belanda.
~Kebanyakan orang-orang besar Bugis Makassar
ini memilih Klang
dan Kuala
Selangor sebagai destinasi bagi didirikan penempatan.
~Orang Bugis telah lama mula berhijrah ke Tanah Melayu seperti di
Johor dan juga di Tanah
Borneo tetapi penghijrahan dan
pendudukan mereka di Klang,
Selangor lebih diketahui umum
kerana ianya menjadi permulaan berdirinya era Kesultanan di
Selangor.
~Selain itu, ianya juga menjadi titik mula campur tangan Bugis di
Tanah Melayu.
PAKAIAN TRADISONAL BUGIS
~Bugis terkenal dengan kain sarung sebagai busana kaum
wanita yang dipakai dengan baju kebaya labuh.
~Manakala kaum lelaki pula bergaya dengan baju Sikap sut
padanan lima dilengkapi tengkolok, baju, seluar, bengkung
dan kain samping tenunan Bugis bergaris atau bertelepuk
perada emas warisan keluarga bangsawan Bugis.
JENIS DAN CORAK KAIN TENUN BUGIS
~Kain tradisional Bugis yang berupa sarung ini memiliki
corak garis-garis yang cantik yang dihasilkan oleh
masyarakat bugis sendiri.
~Menurut legenda, masyarakat Bugis percaya bahawa
gaya menenun nenek moyang masyarakat Bugis
diilhamkan dari sehelai sarung yang ditinggalkan oleh
para dewa di pinggir danau Tempe dan di desa-desa
yang terletak di pinggiran danau Tempe itulah kain
tenun Bugis yang sangat berkualiti.
~Corak kain sarung Bugis ada beberapa jenis di
antaranya adalah :
-Kotak-kotak kecil yang disebut balo renni.
-Corak kotak-kotak besar seperti kain tartan
Skotlandia, diberi nama balo lobang.
-Corak zig-zag yang diberi nama corak bombang,
corak ini menggambarkan gelombang lautan.
-Pola zig-zag ini dapat diterapkan di seluruh
permukaan sarung atau di bahagian kepala sarung,
kepala sarung terletak di area tengah sarung,
selalunya corak bombang ini digabungkan dengan
corak kotak-kotak.
No comments:
Post a Comment