BAJU BODO (PEREMPUAN)
BAJU BODO (LELAKI)
~Baju Bodo, busana dengan potongan simetris sederhana, dengan
kesan menggelembung dan longgar, berasal dari etnik Sulawesi
Selatan ini salah satu busana tertua di dunia.
~Baju Bodo sudah dikenal masyarakat Sulawesi
Selatan pada
pertengahan abad ke 16, hal ini diperkuat dari sejarah kain Muslin,
kain yang digunakan sebagai bahan dasar baju bodo itu sendiri.
~Hasil penghasilan baju Bodo ini biasanya meggunakan warna
warna alam dan direndam dengan limau nipis bagi mengekallkan
warna asalnya supaya tidak luntur.
~Menurut adat Bugis, setiap warna baju bodo yang dipakai oleh
wanita melambangkan usia ataupun darjat pemakainya :-
~Jingga-Dipakai oleh kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun.
~Jingga dan merah-Digunakan oleh gadis berumur 10-14 tahun.
~Merah-Bagi wanita berumur 17-25 tahun.
~Putih-Digunakan oleh para inang dan dukun.
~Hijau-Khas untuk wanita berketurunan bangsawan.
~Ungu-Dipakai oleh para janda/ibu tunggal.
~Selain itu, ketika adat perkahwinan, pengantin mengenakan
pakaian tradisi iaitu baju Bodo, pakaian yang berasal dari daerah
Bugis.
~Baju Bodo berwarna hijau dipakai oleh gadis di dalam lingkungan
istana dan dipakai dengan kain sarung sutera atau songket.
~Baju Bodo ini dibuat dari kain organza dan dipadankan dengan
kain tenun corak tapak catur benang emas.
~Selain itu, pakaian yang digunakan di dalam tarian Poja juga
dinamakan baju Bodo atau baju Tokko yang bermaksud baju tiada
lengan.
~Bajunya dihasilkan dari kain organza dan mempunyai anak baju di
dalamnya.
~Baju ini mempunyai lengan pendek dan kaki baju labuh sehingga
ke paras paha.
~Terdapat juga baju Bodo yang dihiasi dengan manik, dan renda
mengikut kreativiti kumpulan.
~Pada lengan baju diikat kain yang dipanggil pengikat lengan.
Pengikat lengan ini bertujuan untuk mengukuhkan lengan baju
seupaya lebih kemas dan terserlah kekemasan baju tersebut.
Pengikat lengan ini juga dihiasi dengan manik,dan renda.
~Selain itu, terdapat juga pakaian Bugis yang mengikut daerah
tertentu di mana pakaian yang digunakan masih digelar baju Bodo.
~Baju ini diperbuat dari kain satin dan dihiasi kain sulaman
berwarna perak.
~Baju ini mempunyai lengan pendek dan labuh sehingga ke paras
paha. Jemeki dijahit secara berselang-seli di keseluruhan baju untuk
menampakkan lagi kemewahan baju tersebut.
~Kain yang digunakan sebagai kain sarong diperbuat dari kain satin
berwarna perak dan dijahit bersama kain corak Bugis membentuk
kipas di bahagian belakang kain.
No comments:
Post a Comment